Lelaki yang mampu menjadi IMAM pilihanku…

Bismillah…

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

Murung…

Bismillah…


Apakah itu kemurungan?

Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.

Pekak jika korek telinga?

Bismillah…


Betulkah jika kita korek telinga, kita akan jadi kurang dengar atau dalam bahasa kasarnya PEKAK?

Sebenarnya info berkenaan bahayanya jika kita mengorek telinga ini, baru saya ketahui dan sedari setelah membaca pelbagai info berkenaan kesihatan telinga di media akhbar, internet, mahupun majalah kesihatan.

Seringkali kita merasa dalam telinga kita gatal, atau tidak selesa dan kadang-kadang tu, betul-betul mencabar iman kita untuk mengorek sedalam mungkin agar kepuasan maksima tercapai. ITU MERBAHAYA OK? Silap haribulan, kebolehan mendengar anda akan ditarik serta merta oleh Yang Maha Memberi! Dalam erti kata lainnya, PEKAK!

Kalau tak solat, puasa batal ke?

Bismillah dan  Salam 2 Ramadan…

Ops!

Apa khabar para pembaca hari ini? Semoga rakan-rakan pembaca sekalian dilindungi dan dirahmati Allah sempena Ramadan yang mulia ini.

Sudah solat subuh kah anda pada hari ini? Sungguh jarang persoalan itu ditanya pada zaman ini. Apabila tibanya bulan Ramadan, tanyalah kepada sesiapa jua muslimin dan muslimah yang berpuasa, mereka sangat tahu akan masa untuk menunaikan fardu maghrib. Ini kerana waktu maghrib adalah waktu berbuka puasa bagi seluruh umat Islam yang berpuasa samada di bulan Ramadan mahupun bulan-bulan lainnya.

Korek hidung atau telinga: Batal puasake?

Bismillah…

Tak puasa ke dik??

Persoalan pada hari pertama puasa di bulan Ramadan:
Kalau kita korek hidung atau korek telinga, batal puasa ke tak?

Bagi orang yang jahil tapi berlagak pandai, dia akan kata “Batal dah puasa ko!”

Tapi bagi yang berilmu, first of all, dia akan cari dulu information di Google mahupun di dalam as-Sunnah ataupun merujuk secara direct ke al-Quran, sebelum memberi jawapan yang tepat!

Kirenya, sayalah antara yang pernah jadi si jahil di atas. :D Apabila adik saya tanya, saya dengan kompiden menjawab “La! Batallah puasa ko. Pergilah berbuka! Sia-sia aje ko puasa hari ini. Haha!” Memang ciri-ciri Kak Long yang bajet pandai aje. :D Tapi itu masa saya berumur 12 tahun, jangan salah faham ye?

Page 1 of 2212345678910...Last »